Ciri-ciri Buckeye (ayam)

Seekor bantam Buckeye betina

Ayam jantan Buckeye mempunyai berat sekitar 9 lb (4.1 kg), manakala ayam betina 6.5 lb (2.9 kg). Baka ini berkulit kuning dan telurnya berwarna perang. Warna utamanya bulunya adalah merah mohagani dengan ekor hitam; kadang kala ayam jantan mempunyai warna bulu gelap yang lain. Mengikut standard baka, bulu pada ayam Buckeye secara idealnya menyerupai warna biji Ohio Buckeye. Terutamanya pada ayam betina, baka ini menyamai penampilan pada ayam Merah Rhode Island. Buckeye boleh dibezakan dengan satu bar warna slate di bulu belakang yang berdekatan dengan tubuhnya; badannya juga lebih kompak, dengan belakang yang lebar tetapi pendek.[11]

Buckeye adalah satu-satunya baka ayam yang mempunyai balung kacang (pea), dan bentuk badan yang kekar, menjadikan ia satu baka ayam yang tahan sejuk.[8] Baka-baka lain yang dibangunkan di Amerika Syarikat seperti Ameraucana mungkin memiliki balung kacang tetapi salasilahnya berasal dari baka-baka ayam daripada luar A.S. Ia mempunyai beberapa ciri ayam laga dari segi struktur dan kedudukan badan, karakter yang peka dan boleh mencari makan sendiri dengan baik. Umumnya, Buckeye agak tenang tetapi ayam jantan mungkin bertindak agresif dalam keadaan tertentu. Meskipun berketurunan ayam sabung, Buckeye boleh hidup dalam kurungan dengan baik. Walaubagaimanapun, ia dilihat lebih gembira dan membiak lebih baik jika dibiarkan hidup bebas. Para penternak Buckeye berkatabaka ayam ini akan mencabut bulunya sendiri. Ia juga adalah satu baka ayam pedaging dan penelur yang baik dan mampu bertelur antara 150 hingga 200 biji setahun,[12] Buckeye merupakan ayam dual-guna dan sesuai dibela oleh ladang kecil dan belakang rumah.[13]

Rujukan

WikiPedia: Buckeye (ayam) http://www.americanbuckeyepoultryclub.com http://www.albc-usa.org/cpl/buckeye.html http://www.albc-usa.org/documents/ALBCchicken_asse... http://www.americanbuckeyeclub.org http://www.livestockconservancy.org/index.php/heri... http://www.slowfoodusa.org/index.php/programs/ark_... https://archive.org/details/howtoraisechicke00hein https://web.archive.org/web/20100504174546/http://... https://web.archive.org/web/20171104135004/http://... https://web.archive.org/web/20180612143235/http://...